Privacy Policy

Selamat datang ke WebDigital.my

Web ini dibuat untuk kami membantu korang membina website yang hebat & di designkan khusus untuk bisnes korang. 

Kami faham betapa pentingnya privasi korang, jadi kami nak pastikan korang tahu apa yang berlaku dengan data peribadi korang bila korang melawat website kami. 

Jom baca dasar privasi kami ni.

Maklumat yang Kami Kumpul

Data Peribadi

Korang mungkin akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi seperti nama, alamat e-mel, dan nombor telefon bila korang nak guna perkhidmatan kami. Jangan risau, kami simpan semua ni dengan selamat.

Data Log

Kami juga kumpul data log seperti alamat IP, jenis pelayar, dan waktu lawatan. Ini semua untuk memperbaiki lagi perkhidmatan kami kepada korang.

Bagaimana Kami gunakan maklumat Korang

Untuk memberikan perkhidmatan

Kami gunakan data yang kami kumpul untuk memastikan korang dapat perkhidmatan terbaik dari kami, sama ada dalam web development atau web design.

Untuk komunikasi

Kami mungkin akan hantar e-mel atau notifikasi lain untuk memberitahu korang tentang promosi atau kemas kini perkhidmatan kami.

Siapa yang kami kongsi maklumat 

Jangan risau, kami takkan kongsi maklumat peribadi korang dengan pihak ketiga melainkan diperlukan oleh undang-undang atau untuk tujuan perniagaan yang sah.

Data pelanggan

Kami gunakan pelbagai langkah keselamatan untuk melindungi data korang. Tapi, tak ada sistem yang 100% selamat, jadi kami tak boleh jamin sepenuhnya keamanan maklumat korang.

Hak korang

Korang ada hak untuk meminta akses atau pembetulan data peribadi korang. Jika korang ada sebarang soalan atau kebimbangan, jangan segan-segan untuk hubungi kami.

Perubahan pada dasar privasi

Kami boleh ubah dasar privasi ini bila-bila masa. Jadi, jangan lupa untuk selalu semak, ya!

Hubungi Kami

Ada soalan tentang dasar privasi ini? Jom hubungi kami melalui team@webdigital.my atau nombor telefon yang tertera di website kami.

Terima kasih sebab meluangkan masa untuk baca dasar privasi kami. Kami hargai kepercayaan korang dan komited untuk melindungi privasi korang. Jom cipta laman web yang awesome bersama kami!

Sekian, terima kasih!

WebDigital.my Team